P A T E H A H
  • Home
  • Owner
  • Features
    • Cooking
    • Review
      • Movie
      • Kdrama
      • Skincare
      • Food
      • Anime
    • ARTWORK
    • BLOG INSPO
  • Tutorial
Baru nak cari life ☺


Habis sekolah ? Habis 5 tahun dah kat mrsm . Rasa mcm sekejapnya masa . Rindu memang rindu . Rindu yg tiada kesudahan . Hahahahaha Rindu kawan rindu cikgu rindu makcik pakcik dewan makan rindu kak² koop rindu makcik pakcik cleaner rindu crush hahaaha crush kita bagi last sikit sebab sekarang dah tak crush dah . (:

Habis dah pasai result . Habis dah jadi budak hingusan kat sekolah . Sekarang dah jadi remaja hingusan yang baru nak kenal hidup lepas sekolah . Rasa macam lawak pun ada . Serius aku cakap lepas sekolah dengan time sekolah life aku dah berbeza sangat. Totally change. Belum cukup setahun lagi tinggalkan alam sekolah , dah kena sambung study. Even aku tak sambung kat u tapi matrik tu dah macam ala² u la . Tapi matrik nih kira kenaa suap² dengan lecturer lagi macam kat maktab dulu . Rasa jugak laa lofe kat sini macam kat sekolah . Serius aku cakap . Macam takdak beza pun . That's why aku rindu life kt mrsm . Kadang² jeles jugak laa tengok kawan² duk u lek² ja . Tapi kat manaa pun samaa jaa . Tetap kenaa hadap exam segala bala tu .

Habis sekolah , hidup lagi tough weh . Tak bohong haih . Banyak pilihan nak kenaa buat . Nak bidang apaa ? Nak jadi apa ?Macam² benda nak kena pikiaq . Gila weh memang gila . Kat sekolah at least exam kalau failed boleh repeat segala bagai . Sekarang manaa ada repeat² weh . Kalau failed merana weh , matrik kenaa tambah tahun kalau pointet kantoi . Tu kalau dak sains utk program 1 tahun , tapi kalau dak akaun memang babai laa keluaaq kena tendang terus . Gilaa seram siot . Tapi bukan nak cakap matrik nih susah aku cuma nak cakap mencabarnya hidup lepas habis sekolah . Pastu nak kenaa hadap MUET . Hahahaa nak lari maana ? Kena amik jugak weh . Banyak bendaa laaa hang nak hadap lagi .

Habis sekolaah dah susah dah nak jumpa kawan sekolah kawan baik bff bae segala bagai . Nak lepak memang susah lah . Kalau lepak hang pun bukan semua adaa.Nak cuti sekali semua memang tak lah . Cuti tak sama masing² dah sambung study kt lain-lain ..So nak taknak carilah kawan kat tempat baru . Bilaa kat tempat baru , kawan² yang aku jumpa dah tak sama dah macam kat sekolah menengah dulu . Semuaa dah besaq² matang². So nak pilih kawan memang kenaa pilih yang elok² laa . Alhamdulillah laa kawan² semuaa baik cuma gilaa² masuk ayaq tu biasa . Hat tu yang best.Roomate pun dah mcm adik beradik mak akak makcik tok dah . Hahahaa

Habis sekolah nak pi sekolah lamaa pun dah segan
.Aku taktau arr kenapaa. Jadi malu lain macam. Satgi ada cikgu duk throwback perangai buruk time dulu² . Tidoq lam kelas kerja tak buat . Hahaha malu laa . Ada masa teringin laa nak melawat mungkin time cuti² nanti . In shaa Allah .

Habis sekolah kan masih ada manusia takleh move on duk tanyaa result spm . haha padiaaa laaa aku pun tak faham . Betul laa result spm tu bawak sampai hg habis sekolah . Mana ada org tanya pmr dapat berapa ? Mana ada upsr dapat berapa? Mesti pelik kan . Pastu soalan lazim orang nak tanya sambung belajaq manaa ?? Kos apaa? Berapa taun apaa semuaa la. Yang tak tahan siap tanya cita² nak jadi apaa . Ada gak makcik² hat rajin nak tanyaa . Haih rajin telebih sungguh laa. Kadang² taktau nk jawab paa . Satgi jawab nak jadi menantu diaa baru tahwan kot . hahahaa k merapu .

Habis sekolah , semuaa bendaa nak kenaa buat sendiri weh . Nak kenaa lebih berdikari . Paihtu kan kalau tak pandai masak tu memang aku rasa macam hina gak laa . Ya laa sebab aku perempuan . Anak sulung perempuan pulak tu . Bukan tak minat masak , minat tu minat cuma tak terer dan tak reti dan malas samaaa . Haaa tu puncaa diaa . Ya lah dah nama dak² asrama memang tak retilah kat asrama mana dapur nak masak² bagai . Kenaa faham laa . Haih bilaa nak pandai masak pun taktau yang aku tau makan . Makan benda paling senang. hahaha

Habis sekolah nih , masih lagi orang duk kata aku budak sekolah . Haih meluat la weh . Mesti ramai ja makcik² or strangers yang duk kata aku budak sekolah . Kalau cakap form 5 , form 4 boleh accept lagi . Nih tak cakap form 1 laa apa laaa . Weh I kennot laa . Rasa lagu mana taktau . Yeah laa aku mukaa baby face. Bukan tak matured.K short pendek .  Weh sedih sungguh .lantak lah .puberty tak hit aku nak wat macam manaa kan . Satgi kalau ada orang cakap aku macam mak orang payah pulak . Hahahaa .

Habis sekolah pun masih krik-krik duk single bila nak plural . Hahahahahagagaha takdak laa tak teringin pun .Tak bilaa nak kawin? patutnyaa hahah hat nih baru betul . Ceh berangan doh . Tak mengharap pun . Tak cuma nak cakap habis sekolah ada jugak kawan aku yang kahwin dah jadi wife orang . Wei untunglah jodoh awai . Hahaaha tak mengharap tapi ayat macam teringin . Spa takmau kawin weh . Macam terkejut gak laa awai ngat . Takpa² moga bahaagiaa .

Habiss dah . Entah apa² aku merepek tapi lantak aku la blog aku . Kesah apa aku . Penat gak kot nak karang nih . Patutnya aku study ekonomi. Tapi rasa macam nak mengarang . So mengarang dulu . Wei exam tak habis lagi. Two more papers lepas tu muet gila tak gilaa semua nak himpun time nih . Takpaa demi cuti sem aku rela sanggup . Akan ku perjuangkan sampai titisan darah yang terakhir . Haahaha acah macam study teruk nak mampoih padahai baca sikit dah mengeluh takleh jawab soalan sikit dah meroyan . Hahahaa okay babai . :*



Dah sekian lama tak update blog . Teringin nak update tapi kadang² takdak ideaaa . Banyak benda nak luah tapi tak mampu nak luah . Benda yang mampu nak buat pendam dan pendam dan tweet. Kat twitter pun kadang² tak mampu nak luah semua yang terbuku di hati di minda di otak di jiwa raga . Sebab ? Sebab bukan semuaa strangers yang follow aku ada kawan² , classmate so memang tak laa satgi depa baca. So kat blog bukan sapa nak baca kan ..

Dah lama tak stalk blog² yang aku follow . Sebab sibuk kalut dengan life .. Hahaha sibuk struggle dah sambung study bukan di zaman mereput lepas spm dah . So tak mampu nak curi masa nak stalk baca blog org . Dan lagi satu penat nak beli data nak langgan internet . Duit nak jimat untuk makanan tetiap hari. Lainlah kalau ada org support duit topup bulan². Memg tak laa weh . Pandai la nak hidup .

Dah lama tak edit coding² kat blog . Edit tu ini , letak gadget. Dulu best gila kot padahal tak pandai teqa mana pun .Main search tutorial kt google cara nak edit² segala bagai. Nak tukar template blog tapi tak sempat la . Nanti² la beb .

Dah² la dah lama tu . Tak sabaq nak cuti nak update blog . Nanti free² i update okay . Btw nak dekat exam final semester satu. ha hatni  nak cakap dah la tak exam .Haha tak mintak banyak cukup boleh sambung sem 2 dan dapat result elok pun dah besar rahmat . Amin . Babai :)

Newer Posts Older Posts Home

OHAIYO!

20+
Love cat, photography & food
Introvert ft cute 

SUBSCRIBE & FOLLOW

CHITCHAT

CUTIE FOLLOWERS

POPULAR POSTS

  • SPAGHETTI BOLOGNESE HOMEMADE (TANPA SOS PREGO)
    Hello gais so hari ni aku macam ada banyak tau nak update kt blog ni tapi itulah kadang line internet slow la apa la dan mood kerajinan tu k...
  • BUKAN KEBIASAAN :)
    No one : …….   Me : Best jugak makan nasi lemak sambil layan anime.     Pagi cerah langit terang dihiasi cahaya mentari. Btw ni ki...
  • SHOPEE REVIEW : MOUSE
      Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian. Jadi posting kali ini aku nak review barang shopee. Semua mesti suka kan shopping online? Tip...
  • PIZZA HOMEMADE GUNA GARDENIA WRAP
     Moshi moshi gaes Pada suatu malam yang indah tetiba aku lapar kan nak dinner then taktau jugak nak makan apa. Dia macam nak makan something...
  • FRUITS BASKET SEASON 1
    Assalamulaikum Hello guys, are you doing good?      Today aku nak review anime favourite aku iaitu Fruit Basket Season 1. Aku tengok anime n...

Categories

  • ANIME 1
  • PKP3.0 1
  • POEMS 5
  • RECIPES 4
  • Shopee review 1

BLOGLIST

  • Alien Oren
  • NaSa
  • budakpelik.
  • Super Junior.ᴱᴺᵀ
  • Airaa Lee
  • perennial lifestyle
  • ariennot
  • messarah
  • The Untold Stories
  • b-sourire
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2021 (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  October (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2015 (6)
    • ►  November (3)
    • ▼  October (2)
      • Habis Sekolah
      • Dah lama
    • ►  July (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
  • ►  2013 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  August (2)
Powered by Blogger.

Featured Post

BUKAN KEBIASAAN :)

Labels

  • POEMS 5

Designed by odd | Distributed By Gooyaabi Template