BUKAN KEBIASAAN :)
No one : …….
Me : Best jugak makan
nasi lemak sambil layan anime.
Pagi cerah langit terang dihiasi cahaya
mentari. Btw ni kisah throwback pagi tu parents aku nak pi cucuk vaksin well
alhamdalhamdulillah depa dah dapat second dose, pfizer gak macam aku dengan
adik aku. So parents aku memang siap awal la kan biasa kalau boleh lepas
semayang subuh depa dah nak pi dah pusat vaksin tapi tu la macam awai sangat.
Tapi tu ayat selalu mak aku guna kalau kata nak pi awai hahahaa taktau guna
ayat gitu tapi takpi awai sangat pun. Biasa la melayu kan memang suka sembang
lebat. Then aku pun takleh nak sambung tidur then nak breakfast ah. Jarang aku
breakfast awai sebab entah la nanti rasa nak berak tak rajin la membuang
pagi-pagi. Patutnya pagi tu dimulakan dengan keketenangan tapi aku bukan orang
jenis breakfast bagi la makanan paling sedap di dunia pun hahaha. Biasa makan
atas daropda pukul 9 la. Pukul 8 tu awai la bagi aku bagi orang lain aku
taktahu la kan mungkin dah lewat.
Jadi aku pun cari la anime nak
breakfast kan macam sunyi makan sorang-sorang dah la awal pagi kot sesuatu yang
bukan kebiasaan yang aku buat dalam hidup aku. Memang takdakla luar biasa tapi
pernah tak hang rasa berbeza buat something yang baru dan dia macam
"wow best jugak rupanya macam ni, taktau pulak rasa dia macam
ni."
Haha macam tu la aku rasa. Rasa lain,
macam aneh tapi best dan rasa baru. Mungkin aku aneh la kot sebab mungkin bagi
orang lain tu benda biasa ja kot. Well aku tengok anime tajuk "SuperCube"
episod 1-2 dekat youtube. Best jugak cerita dia simple tak berat pun tenang dan tak susah nak faham. Aku rasa macam cerita dia simple gila kot tapi kreatif betul
boleh buat anime macam tu. Cerita pasai hang ada motor baru lepastu hang rasa
happy gila sebab hang tak pernah rasa macam tu and hang rasa selama ni hidup
hang sendu gila kosong dan bosan pastu dengan ada motor tu dia macam ada sinar
kebahgiaan baru dalam hidup hang ha macam tu apa aku faham la pasai anime
hahhaa. Kira macam appreciate small thing dalam hidup hang la even hang cuma
ada moto.
Btw aku makan nasi lemak ikan bilis yang bukan fav aku semestinya sebab aku
agak tak suka makan ikan bilis yang orang buang tulang dia tak habis hahaha anti
tapi makan jugak sebab rasa dia sedap lain macam mungkin sebab makan
sambil layan anime. Aku just nak cakap aku happy aku rasa tenang dan nikmat
even sebab bukan sesuatu kebiasaan yang aku buat.
-
-
-
The
next next day and next bukan kebiasaan ( buruk beno english aku)
Pagi
yang cerah dan sedikit redup ...redup macam hatiku lepas baca mesej yang buat
aku aku taktau nak reply apa dan aku taktahu nak rasa sedih ka sakit ?
Pedih ? Aku tak terkejut pun baca cuma entah taktau nak describe. Tapi aku
menangis jugak sebab taktau kenapa dan taktau aku rasa apa. Nak kata aku
menangis teruk takdak la sangat tapi teresak jugak tapi aku menangis kejap ja
la. Pastu rasa kosong. Haha kelakarnya aku taktau aku rasa apa sat menangis
lepastu okay macam orang tak betul. Okay aku pun breakfast la. Aku rasa nak
minum air panas tapi taknak manis so aku bancuh milo panas tanpa gula then
letak susu dutch lady fullcream. Em patut milo kena banyak baru sedap tapi
macam tu pun dah sedap cuma kurang kick la.
Aku
pun makan la tapi nasi lemak fav nasi lemak ayam tapi taktau la rasa macam tak sedap
mungkin hilang selera. Aku makan setengah ja sebab rasa takleh nak telan.
Jarang aku makan tak habis em mungkin fikiran serabut dan rasa tak best. Rasa
macam nak nangis tapi tak keluaq ayat mata dah. Aku minum ayaq milo tadi dah
tak sedap macam awal-awal tadi. Tawarr tak rasa milo dah rasa susu ja.
Maybe
macam tula kot someone yang rasa tawar hati dalam percintaan..
Tawar
tapi masih ada rasa susu taktau nak minum or buang terus ( i mean that ayaq
milo)
Not me bukan aku yang rasa tawar hati aku tapi orang lain... Orang tu orang yang sayang aku tapi sekarang aku taktau aku boleh cakap lagi ka macam tu.. I dont know..mungkin dia tah la. Tapi bukan salah dia pun aku tak salahkan sesiapa melainkan diri aku. Aku faham apa dia rasa. Aku lega jugak sebab dia cakap jujur. Thank you.
Hahaha
sedih pulak tulis post ni walaupun bukan aku putus cinta pun hahahaahah :`
takpa nak tulis jugak. Ok so ini bukan kebiasaan yang tak seronok tak tenang
cuma aku rasa aku okay sebab aku buat benda baru hari ni. Next time kena tambah
milo banyak sikit. :)
Itu saja nak update nanti aku update lagi. Take care guys. Dont forget to love
yourself dont be hard on yourself. Saranghae guys!
2 comments
Hahaha Na fokus ayaq milo..dan tawar hati hm. Kalau tawar tambah gula, bukan buang air. (Na maksudkan air milo. Eh)
ReplyDeleteHuhuhu jangan lah broken sis!sis tetap kuat tau! kita hug dari jauh
ReplyDeleteHey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^