SPAGHETTI BOLOGNESE HOMEMADE (TANPA SOS PREGO)

Hello gais so hari ni aku macam ada banyak tau nak update kt blog ni tapi itulah kadang line internet slow la apa la dan mood kerajinan tu kadangkala takda. Okay so ai nak share simple resepi spaghetti bolognese kuah dia buat sendiri tanpa sos prego. Memandangkan kt rumah ada banyak tomato puri so macam nak try la buat kan sebab tetiba ada banyak pulak. 

Biasa bolognese kan sos prego dia macam masam-masam sikit kan ada orang yang dia memang suka rasa masam-masam tomato tu but ada juga yang tak suka rasa masam tomato tu. 

Jadi aku nak share la kt blog ni macam mana resepi kuah yang kurang masam dan sedap. Actually aku ada tengok beberapa video tau kat youtube cara simple memamg depa guna tomato puri sebab bolognese memang takleh lari dari tomato tu. So aku macam nak try la ikut but aku olah sikit resepi tu untuk kurangkan rasa tomato dan lebih creamy kuah bolognese tu. 

Baca sampai habis tau kalau nak tau macam mana. Ok let start. 

 

 




Bahan yang diperlukan 

  • Spaghetti 
  • Ayam cincang (Nak guna daging pun boleh) 
  • Cendawan butang 1 tin
  • Tomato puri 1 tin
  • Cili kisar / cili boh 3 sudu besar 
  • Susu cair
  • Bawang holland / bawang besar 1 biji 
  • Blackpeper 1 sudu 
  • Kiub pati ayam 
  • Garam 
  • Gula 
  • Serbuk parsley


SPAGHETTI 

Rebus spaghetti dalam air yang mendidih ikut la nak banyak mana aku letak dalam setengah paket spgahetti tu and jenama apa pun tak kisah. Aku guna jenama prego. 

Letak garam sikit dalam air rebusan. 

Setelah spaghetti lembut boleh angkat dan toskan. Ketepikan dahulu. 


SOS BOLOGNESE HOMEMADE 

Masukkan minyak dan goreng ayam kisar bagi keperangan macam tu then masukkan bawang putih dan bawang holland yang dipotong dadu. Masak hingga perang atau garing. 

Masukkan sedikit blackpepper dan sedikit parsley. 
 
Masukkan 3 sudu besar cili boh kalau nak tambah pun boleh untuk orang yang suka makan pedas boleh tambah. Masukkan juga tomato puri dan masak hingga mendidih. 
 
Tambahkan sedikit air and boleh adjust sendiri nak letak banyak mana kalau pekat sangat kuah boleh tambah air. Aku letak dalam 1 cawan air mcm tu. 
 
Masukkan kiub pati ayam. 
 
Tuang susu cair ikut dalam 3 atau 4 sudu besar aku main agak ja. Agak kuah macam merah-merah susu tu. Boleh rasa dulu kalau masam sangat rasa tomato tu boleh tambah lagi susu cair dan cili boh sikit
 
Masukkan cendawan butang dan parsley dalam 2 sudu besar
 
Perasakan garam dan gula secukup rasa.
 
Dah selesai rasa apa semua boleh tutup api dan taburkan lagi parsley. 
Siap untuk dihidangkan bersama spaghetti yang sudah direbus tadi. 


ps; kalau hgpa nak letak meatball or sosej ke apa boleh letak ja ikut suka anda. Aku guna ja apa yang ada kt rumah. 

Senang ja kan gaes. Kalau nak lagi senang boleh guna ja sos prego hahaha tinggal masak ja. Anyway saja ja simpan resepi ni dekat sini incase nanti aku boleh tengok balik. Apapun selamat mencuba. Stay safe guys and salam pkp 3.0. Take care and bai. 




3 comments

  1. thank you for the recipe! boleh cuba ni, selalu masak carbonara je, nak try bolognese tapi takut masam. tapi rasa nak cuba pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe most welcomee!! Kai patut try sbb yang ni tak masam sangat macam prego hehe

      Delete
  2. that looks so good at this hour haha

    ReplyDelete

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^