POPIA BEGEDIL SEDAP

 Hello guys. Hangpa still okay lagi ke lockdown ni ? Harap hangpa semua okay.

Aku takdak la okay sangat tapi alhamdulillah okay ja sebab masih duduk dengan family semua and tak terdedah sangat dengan dunia luar. Cumanya tula mental macam kadang macam tak okay jugak maybe sebab terperuk ja kat rumah tak bersosial sangat. 

Macam biasa aku tak buat apa sangat kat rumah so asyik lapaq ja memanjang weh. Jadi belajar la masak sikit-sikit kan dah teringin kita try la resepi-resepi baru. Post kali ni aku nak share aku ada masak popia begedil guys. Sedap gila tak tipu. Bagi aku popia begedil ni lagi sedap dari tauhu begedil sebab dia rangup kat luar dan lembut kat dalam. Cicah pulak dengan sambal kicap nikmatnya Tuhan saja yang tahu. 


Bahan popia begedil 

Kulit popia  

Ayam cincang (aku guna sikit dalam suku gitu)

Ubi kentang 5 biji (4 atau 5 depends saiz dia) 

Daun sup ikut nak banyak mana (nak guna daun bawang pun ok)

Cili merah besar 2 biji

Bawang holland setengah biji

Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Serbuk lada hitam 1 sudu 

Telur 2 @ 3 biji 

Bancuhan tepung jagung 1 sudu besar

Minyak untuk menggoreng



Cara-caranya

Hiris kentang bagi nipis takdak la nipis sangat, potong kecik-kecik dan basuh bersih. Then kita goreng kentang agak kekuningan tak perlu garing. Lepastu biar sejuk sekejap dan keluar minyak. Lepas dah sejuk sikit kita lenyekkan kentang sampai hancur laaa dalam bekas. 

Ayam cincang goreng bersama bawang holland yang dihiris dadu. Masukkan serbuk lada hitam dan goreng agak-agak tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan 

 Hiris cili merah nipis-nipis dan racikkan daun sup. 

Masukkan ayam cincang yang digoreng tadi, cili merah dan daun sup ke dalam kentang yang dilenyek tadi. Gaul sebati semua bahan dan masukkan sedikit garam secukup rasa atau serbuk perasa aku guna maggi cukup rasa ja. 

Uli isi menjadi bujur ikut saiz citarasa anda. Takdak bulat dia mcm bujur ja kontot-kontot gitu sampai la habis. 



Ambil kulit popia dan lipat dua pastu letak isi yang diuli tadi then balut kemas. Untuk lekatakkan kulit popia tu dengan cantik sapukan air bancuhan tepung. 

Untuk balutan tu you gais boleh usya dekat youtube ni. Ni simple ja dia balut. 


Dah siap membalut boleh pecahkan telur tadi. Kacau bagi macam nak buat telur dadar tu. Panaskan minyak dalam kuali . Celupkan popia begedil di dalam telur dan goreng apabila minyak sudah panas. 

 Apabila sudah garing boleh angkat popia dan hidangkan. 





Sambal hitam tu simple ja. Goreng sekejap dalam minyak iaitu 2 ulas bawang putih, bawang merah sebiji, cili melaka hijau dalam 8 biji-10 biji (boleh tambah kalau suka pedas). Masukkan dalam blender bahan dah siap digoreng tu then masukkan kicap dalam 3 sudu besar dan garam, gula secukup rasa. Perah sikit limau dalam cili then blender semua bahan. Siap boleh hidang bersama tauhu begedil. 




Sedap gila makan panas-panas tau pastu cicah dengan sambal hitam. 



Itu sahaja mudah ja kan cuma kena rajin. Aku buat untuk dinner so goreng sikit ja then simpan dalam frozen. Nanti nak makan boleh goreng lagi tapi kena celup dalam telur la baru sedap.  Aku bagi dekat jiran sikit keesokkannya, dia cakap sedap hahaha kalau buat jual dia suruh bagitahu dia. Okay selamat mencuba.


Jaga diri gais dan jaga kesihatan. Stay safe 💓💓






#resepipopiabergedil #popiabegedilmudah #popiabegedil




8 comments

  1. Teringat popia mak dekat kampung ada isi ikan kat dalam.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa mesti sedap.. Tak pernah try lagi inti ikan

      Delete
  2. Ya Allah terliurrrrnyaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe iyaaa tgok gambar pun rasa nak makan ja huhu.

      Delete
  3. popia + begedil (two of my most fav food) gabung into one?! OMG MESTI SEDAPPPP

    ReplyDelete
    Replies
    1. OF COURSEEE kai patut cubaaa manatau lagi sedapp!

      Delete
  4. Menariknyaa..baru tahu ada popi begedil jugak. Boleh cuba buat. Nampak sedap pulak.

    ReplyDelete

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^