SHOPEE REVIEW : MOUSE

 Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian.

Jadi posting kali ini aku nak review barang shopee. Semua mesti suka kan shopping online? Tipu la kalau tak pernah even sekali kan. Well dulu aku pun tak suka beli online tapi sejak dok kt rumah ja memang malas nak keluar tambah pulak covid yang taktau bila nak habis ni kan lagi la macam nak beli barang tu semua benda kalau boleh nak beli online ja. Tapi tak beli la hahaah sebab aku duduk kampung en kalau makanan barang basah apa semua tu kena keluar jugak la. 

Okay so aku macam cadang nak beli wireless mouse then aku pun tengok la dekat shopee yang murah-murah ada tak kan. Aku jumpa la mouse ni dia ada siap dengan lampu-lampu lagi tau macam nice gila kot and kena charge dalam 2-3 jam macam tu kalau tak silap then baru boleh guna. Dak yang lain ada yang lagi murah yang macam biasa takdak light bagai kan tapi tula sebab nak yang free shipping nasib baik la jumpa seller yang jual mouse dia free shipping fuh lega. Mouse ni jugak bagi aku dia tak bising tau bila kita click-click tu and ringan ja tak berat. Saiz pun takdak la besar gedabak sangat dia macam cute size gitu. 



                       





Harga : RM15.50

Not so noise 
Wireless 
Rechargeble 
Automatic Colourful Light 
Many colour of mouse to choose 
Shopee : 
mimistory




Kekurangan dia cuma kena charge la bila dia macam dah slow pergerakan tu kan dengan takdak light tu maksudnya kena charge. Biasa la mana ada benda perfect kan kat dunia ni tiber sangat. Overall aku suka la and sangat berpuas hati. Sesuai la untuk student or maybe untuk sesapa yang work from home kan. Harga pun murah juga not bad la. Aku sebernanya kan nak beli colour rose gold tapi dah sold out colour tu sedihhhhhh sikit la. Aku pun ambil ja la colour putih nasib baik cantik jugak. 



Thats all guys nanti aku share lagi barang yang aku beli kat shopee. Mana tahu kan nanti korang nak beli ka kan. Sharing is caring. Bai take care peeps! ❤




1 comments

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^