PIZZA HOMEMADE GUNA GARDENIA WRAP

 Moshi moshi gaes

Pada suatu malam yang indah tetiba aku lapar kan nak dinner then taktau jugak nak makan apa. Dia macam nak makan something cheezy gitu. So tengok dalam peti ais ada sosej ada ayam kisar then ternampak gardenia wrap ada lagi dua keping. Aha terus teringat satu resepi ni aku ada tertengok dekat instagram tau but aku tak ingat sangat instagram sapa tapi yang masak-masak tula. Dia masak pizza tanpa roti pizza dan takyah bakar kira macam tanpa oven hang dah boleh masak pizza okay. Menarik bukan?? 

So aku nak share la resepi simple sahaja boleh makan untuk dinner ke makan petang ke macam tak kira waktu takpun time engko lapar tu boleh la try resepi. Bagi aku sangat mudah ya anak-anak sekalian. Memandangkan PKP 3.0 ni mesti susah kan nak cari roti gardenia sebab biasa kita tengok orang buat roti pizza guna roti gardenia kan. 

So apakata korang try resepi pizza guna gardenia wrap dia macam pizza roti dia nipis saja tapi isi tebal isi tu yang penting kan gaes kalau roti tebal sangat tak sedap jugak. Resepi ni hangpa tak perlu susah payah guna oven okay. Ok jom kita start. 




Pinggan crowded sangat hahahaha tak menyerlah la pulak pizza.  



Bahan yang diperlukan 

Gardenia wrap 

Bawang holland 

Sosej 

Ayam kisar (aku guna sikit saja)

1 sudu black pepper

Sos cili (klu nak guna sos prega tomato pun boleh or nak guna sos tomato ikutla) 

Sos keju nachos 

Parutan carrot

mozarella cheese 


Cara-caranya

Masukkan sedikit minyak dan goreng dulu sosej dan ayam kisar bagi perang sikit agak-agak separuh masak ke, nak garing pun boleh. Goreng bersama dengan bawang holland serta serbuk lada hitam. Dah siap ketepikan. 

Ambil gardenia wrap tu letak atas pan jangan bukak api lagi. Sapukan sos cili, sos keju atas wrap tu dan ratakan. Kalau nak letak mayonese pun okay tapi aku takdak. Next letak sosej dan ayam kisar yang digoreng tadi atas tu sikit ja lepastu letak sos lagi then letak lagi ayam kisan dan sosej tu. 

Taburkan carrot tadi dan cheesee. Lepastu letak sikit sos dan ratakan then letak lagi cheese. 

Taburkan daun parsely kalau ada. 

Then buka api perlahan ja jangan kuat sangat nanti wrap tu cepat hangit then tutup guna tudung periuk ja. Masak sehingga cheese cair dan agak-agak la kalau wrap tu nampak macam nak garing tu boleh angkat dah. Yang pasti api jangan bukak kuat sangat okay. So dah masak boleh makan. 


ps : Topping piza hangpa boleh letak macam-macam tau nak letak cendawan butang(boleh goreng sekali dengan sosej) ke, pepperoni, lada benggala hijau merah ikut citarasa anda ala macam pizzahut tu ha boleh la hias ikut nak topping apa. 

Sos tu boleh guna ja sos apa-apa tomato ke thai cili ke nak guna sos prego pun boleh. Anything la sos yang hangpa suka. 

Cheese tu boleh guna slice cheesedale tu boleh serbuk cheese parmesan boleh. Aku guna mozarella yang mcm dah siap diparut beli siap dah la. 


Jadi kalau malas nak keluar nak beli pizza tapi teringin nak makan pizza boleh la try resepi ni orang yang tak pro masak pun boleh masak okay hahah aku pun tak pandai masak tapi suka masak and try resepi baru. Sedap gila okay. Itu sahaja resepi kali ni nanti aku share lagi resepi yang mudah nak buat.  Stay safe guys and take care yourself. Kita jaga kita. 💖 




6 comments

  1. menarik ni... pejam mata pun boleh buat ni. heheh thanks share resepi ni. SS memang suka resepi simple2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa ya pejam mata campak-campak dah siap. Okay sesamaa ss, selamat mencuba!!

      Delete
  2. so goood klu makan panas-panas

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pizza homemade. Topping semestinya letak ikut suka dan berlebih lebihan gitu :)

    ReplyDelete

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^