P A T E H A H
  • Home
  • Owner
  • Features
    • Cooking
    • Review
      • Movie
      • Kdrama
      • Skincare
      • Food
      • Anime
    • ARTWORK
    • BLOG INSPO
  • Tutorial
I can't see what happens now 😂😅



Bermula dengan hai berakhir dengan tanpa seketul bai . Mungkin salah aku jugak menghambarkan conversation.  Haahaahaha maaf kita tak kenal dan aku tak rasa nak kenal pun . Cukuplah gelaran "STRANGER" yang dicipta utk hang seperti follower twitter aku yang lain.

Apa perasaan hang bila org yg tak kenal tegur ckp hai bagai mcm nak kenal la and start the conversation ? Mesti rasa pelik enn takut nervous semua ada . Ya but pada aku, aku rasa nervous takut dan curious jugaklah dalam banyak² manusia kat tuiter kenapa aku jugak yg hang tegoq hah ?! . Otak aku pun mesti penuh dengan WH question la tak payah cakap la mesti punya pikiaq semua tu walaupun aku takkan tanya pun . Haahaha . Biasanya aku tak reply pun bila ada stranger tegur hai . Mmg susahlah aku nak reply taktau gak sebab bagi aku org kat twitter lebih baik jadi stranger selamanya aku rasa sebab aku bukan nak kenal sangat pun dengan follower dan following aku so buat lek dah . Tapi kalau aku reply DM seketul stranger tu mungkin sebab aku rasa kesian dak pun mungkin otak aku pikiaq dia perlukan pertolongan or what la . Selalunya mmg aku tak reply hah biar ja .

Kali nih aku reply sebab dia ckp hai pastu ckp ada something nak habaq so mcm okay maybe dia nih tegur sebab ada tujuan something . Rupanya dia cakap dia lama dah stalk aku.  Hahahaahahah gila terkejut beruk la kenal pun tak stalk kejadah apa nya. So kami pun sembang kosong aku pun Tanya apa semuaa . Oh yeah start from tweet aku pastu gambar . Hahaha lawak jugak la tweet aku ?! Oh mengg ada jugak org stalk aku sebab tweet aku seriously aku bukan twitpemes cuma org yg aktif tweet ja . Setiap masa aku tweet sampai tak sempat nak update blog . Tu la hairan jugak macamana la orang buleh stalk tweet aku banyak merapu tweet pasal everyday apa aku buat mengeluh meroyan and so on la . Seriously time tu taktau la nak rasa takut ka lawak ka happy ka apa ka tapi rasa dihargai itu ada la sekelumit kat hati tu.  Ada jugak yg stalk dalam diam hukhuk tak la rasa forever alone sangat ingat aku ja yg duk stalk diri sendiri rupanya ada org stalk aku emm emm hahahaa.  Pastu siap puji lagi lawak la apa la hahaha bukan aku tweet , tweet yg berkualiti mcm kebiasaan tweet pemes tu . Taktau la kelakar celah mananya mungkin dia spesis mudah terhibur mungkin.  Pastu sebab gambar pulak mcm biasalah klu stalk tengok gambar tu walaupun aku rasa takut jugak entah apa² gambaq yang aku post haishhh .

Okay nih last part boleh pulak mengaku kata dia minat aku emm hahaagagahaaha taktau nak gelak ka nak menangis terharu atau sebab takut . So kerana tweet²  pun boleh buat someone tetarik . Whoa what a surprise menggg.  😅 . Hahahaha Btw terima kasih la sebab berterus terang taktau la patut ka tak aku berterima kasih.  Tapi aku rasa aku patut mintak maaf sudah semestinya sebab aku mcm rply pendek² ya la usaha menghambarkan conversation . Maaf ya . Maaf jugak la klu nampak mcm tak appreciate or what sebab aku takutlah terbagi harapan or terlebih friendly kang susah pulak.  Ya la aku pun tak pandai nak panjangkan conversation and make it fun bila chat dengan aku . Selalu hambar ja .  Okay la tweet aku boleh hiburkan org jugak . Suatu pencapaian terbaik patehah . Baguslah tapi menghiburkan diri sendiri pun susah jugak kadang² . Hmm entahlah.  Itulah confession pelik yang aku rasa pelik la bagi aku bagi orang lain I don't know la . Mungkin org pain anggap benda normal just simple thing.  hahaha but pada aku it not normal dan bukanlah benda yang luar biasa sangat pun just bila dah berlaku kat diri sendiri at least boleh la aku rasa banda itu normal sebab dah biasa face the situation . Boleh ja la nak hadap situasi mcm tu tapi nak handle aku masih tak biasa seriusly taktau nak handle mcm mana keadaan time tu.  Gila awkward namati rasa tapi belagak cool sebab stranger tak kenal so lek² sudah.

Okay sekian saja cerita saya yang hambar sekadar utk mengisi kosongan masa utk mengarang dan update post dalam blog . Thanks for reading . Babai . 👋




26th of May 04:10 .

**************************************
where did u go when im crying by myself until i get sleep everynight....
where did you go when im in trouble and i settle it myself.......
where did you go when im feel lonely and i laugh for myself to make me happy.....


everyday i think about you....
did you know that i love you?
did you see what i do for you?
did you see that im smiling to you?
did you see im try my best to make you smile?

i used to be your toys that make you smile and laugh,even when you mad at me,throw me away..i keep my smile even though its killing me inside...its okay for me at least i can see you laugh everyday...until you get bored and dump me....

is it too much what i want from you?
im sorry..
i know you dont deserved people like me,you deserved people better than me..
its okay to hate me...

i try my best to make myself cool in front you..haha...in your eyes i look like a clown.
i love to fool myself to see your laugh...
**************************************

Tbh I read this when I miss u and it hurt but its okay . It's that true ?  Idk why I post this on my blog . 😅 okay bai 👋
Assalamualaikum heyyo people on the earth. *Lambai² mcm princess* hahaha . Sekian lama tak update blog yang bersarang nih hahaa almaklumlah busy ada life,  life matrik hahaah acah² busy kay nanti aku buat post pasai matrik la.  Nanti la noh hahaha. 😂

Okay nih nak throwback tauk , campak  balik moment Hari Ibu.  Okay ni kiranya 1st time la aku ada kat rumah waktu Hari Ibu sebelum kt asrama la dah berapa taun dah biasa kalau Hari Ibu aku wish kt phone ja otp ngan mak.  Tu ja mampu . Dih sangat 😔 haahah kay buat teghok pulak enn.

Sebelum hari ibu tu kiranya sehari sebelum hari ibu aku dah tengok org pakat wish kat instagram,  twitter , fesbuk, wicet apa semua laa tp wicet takdak so aku tetap tau ada org wish dekat wicet hebat bukan? kah kah lumrah la beb zaman internet sekarang wish kt laman sosial even mak depa tak baca pun. Depa gigih gak nak wish nak bagi org baca ya la mungkin depa nak peringat kat orang lain ya kita kena husnuzon. Takpa2 biaq kt depa. So aku macam lek² la sebab mak aku cuma ada fesbuk ja yg lain mana ada tapi aku takdak fesbuk so baik aku wish secara life kt mak aku gittuw.  Hahaha But aku tengok depa semangat laa sampai tersilap hari kan patutnya besok tu bukan hari nie baguih² depa nih anak yg baguih.  Hahahaha wish "awai tak kalut" org² kedah selalu kata . Sampai la grup kelas aku kt matrik dulu pun duk tanya hari ibu bila.  Pastu aku pun kata la " bukan besok ka?  "
Pastu depa pun taktau gak.  Pastu aku kata la "Ada jugak kata Hari hari,  Hari Ibu " . Pastu aku kena paku ngan classmate, " Ayat twitfemes cenntu arr " . Babun betul laa kaitan sangat hahaha.

Okay today is the day Mother's Day.  Aku pagi² kan tak buat pa bangun lepaih subuh pastu tidoa balik bangun pulak terawal hari nie tu pun sebab makcik aku mai hahaaaa.  Ciknot sweet arr even dah kahwin tak duduk dengan tok sebab dok umah mertua  tapi sanggup mai rumah tok jap sebab nak wish selamat hari ibu kt tok 😍 . Pastu haa mak aku pun mcm terlupa dia ingatkan kelmarin hari ibu . So aku pun tak wish lagi buat taktau je laa.  Hahaha teruk enn emm 😔

Tersedaq dari tidoq disiang  hari hahaha aku pun lapaq la dah petang kan so mmg aku ngan adik aku mmg suka la p cari makan.  So kami pun cadang nak makan kt kedai abang burn.. Then mak pun bagila duit sikit huhu.  Pastu elok² tgok jam macam dah lambat sebab takut sampai rumah malam.  So aku pun cadang  beli kek la makan kt rumah buat party terus alang² hari ibu kan hahaha bukan pernah aku buat surprise bagai. So beli kek, burgee kentang nugget apa yeahh semua aku share duit la ngan adik haaaah guna duit simpanan. Peh rasa mcm sweet pulak kami dua . Tapi alhamdulillah even bajet ciput ja tp mampu la nak surprise kt mak.  Yg takleh blah dah la naik moto adik aku dah stail bawak moto mcm pelesit tak padan ngan pompuan hahaha punya la dok jaga kek tu tak teraboq kot atas jalan.  Hahaaa kalau dak mmg menangis tak berlagu la.

Balik² rumah terus hah sorok kek lam peti ais ..Hahaa pastu lepaih solat maghrib makan burger acah² mcm takdak apaa laa pastu mak pun makan then aku bawak keluaq kek.  Yeah SURPRISE!!! Mak mcm wuuuu haha nampak la mak terharu babeh .Abang aku pun woo abah tgok ja laa sebab abang ngan abah nih mcm lambat sikit hahaah ya la lelaki mana nak ingat kan tarikh² besday,  tarikh hari ibu la apa laaa kan kan tp tak semuaa laaa yg ingat tu bagus arrr 😘 so semuaa sibuk nak tangkap gambaq haha.  kek tak makan g pun hahhhh.  Pastu salam² peluk cium mak paaa hahaha dan wish laaa.  Okay mak happy kami pun happy.



Actually kan mak dah tau kata ada kek lam peti ais ya la besaq sangat akak tu buh lam kotak memang nampak terang tang tang laaa bila bukak peti ais tu. Tp dia buat2 lek ja mcm taktau sebab adik aku yg habaq takpa la janji surprise tu jadi laa hahahaha 😂 okay

Ya Hari² hari Ibu . Bukan setahun sekali ja nak hargai ibu ingat tu..Yang ibu dah takdak sedekah kan Al Fatihah g la jenguk kubur dia ka yg pasti jangan lupa doa selalu kay be strong 😔.  Dan ibu anda yang  masih ada hargailah dia sebab nanti bila dah takdak baru nak hargai dah terlambat okay menyesal pun takguna dah. Mom is everything without mom we are nothing . So love ur mother. Kasih ibu membawa ke syurga so take care ur mom because she the only one in milliom billion and so on.. Nobody can replace her.  That's all thanks for reading.  Sorry my english are broken hahaha . Babai .😘👋
Sejak akhir ini mood tak menentu ,fikiran bercelaru jiwa tak tenteram, hati tak tenang, selalu sangat penat . Selalu sangat mengeluh selalu sangat malas . Aku pun tak tau kenapa mengapa dan susah nya nak buang semua rasa tu . Kadang rasa kosong sangat . Kadang rasa serabut sangat . Kadang taktau aku rasa apa tapi aku penat lah nak rasa semua nih . Penat memang penat tapi kena jugak hadap sebab tak boleh nak lari .Banyak jugak aku bermain dengan perasaan . Banyak sangat dan selalu sangat. Perasaan yang bercampur baur , bermaharajalela , berpengaruh dan berperang dalam jiwa minda dan fikiran . Seksanya . Derita nya tak terkata . Sampai satu masa aku tak kuat nak hadap semua ini . Tak kuat .Sumpah tak kuat Ya Allah . Tapi terpaksa gagahkan jugak biar perit mana sebab lama-lama benda tu dah jadi terbiasa dah lesu dah lali .

Mungkin kat luar , boleh gelak ketawa bagai nak rak konom macam tiada duka bahagia sentiasa tapi di dalam siapa sangka siapa tahu siapa nak tanya siapa nampak macam ada² , macam² rasa.  Aku tak tau kenapa aku karang mcm nih .Hahahah layan ja lah ilham dari minda ilham dari jiwa luahan rasa keluh kesah di jiwa .

Paling menyampah bila time nak buat kerja time tu perasaan ajak bermain ajak melayan . Otak sibuk fikir itu dan ini , tak kusyuk nak buat kerja .Otak terlebih overthinking . Overthinking jugaklah yang merosakkan mood yang ada yang tenang yang  cool yang lawa dan seumpamanya lah hingga bertukar menjadi mood yang tak guna yang mood terbang kelaut kelongkang ke parit ke lautan . Kadang² diri sendiri pun tak mampu nak kawal bila benda ni jadi . Kadang² kan bila aku rasa down namati memang lagilah parah . Rasa nak menangis tapi tak keluaq ayaq mata . Seksa beb serious seksa baq hang . 😂 Macam nak cakap hah . Dia macam menangis dalam jiwa takpun tangisan jiwa . Aku paling tak suka macam tu . Taktau la nak describe macam mana susah nak tulis susah nak terjemah . Yang faham cuma hati cuma jiwa cuma diri sendiri dan Allah . So marilah mendekati Tuhan bila hati dah sakit bila jiwa dah seksa . Mungkin Tuhan sengaja menguji hati , jiwa . Dan mungkin juga syaitan mengganggu mengusik hati membisik meracau di minda .

Tuhan nak aku dekat dengan dia . Tuhan nak aku merintih merayu menangis kepadanya .Kadang aku lalai aku leka aku terlupa ya lah aku pun manusia biasa . Kadang ingat Tuhan time susah senang lupa . Ingat time sakit lupa time sihat . Ingat time miskin  lupa time mewah .Haih sedih bila tengok diri sendiri cermin muka . Sedih sebab kadang tak mampu nak kawal diri elok² daripada sering buat dosa . Terlalu manjakan diri . Tak paksa diri lari dari dosa . Nih tak tahu nak lari dari masalah nak lari kenyataan.Rasa bodoh pun ada kadang² . Hahaha entahlah .

Moga diri hati jiwa fikiran dan minda terkawal daripada benda-benda negatif tercemar terleka dengan keasyikan duniawi lupa akhirat juga perlu di kejar di ingati .

sekian luahan rasa , luahan jiwa di malam yang tak berapa nak malam dan dah pagi .kbai
Newer Posts Older Posts Home

OHAIYO!

20+
Love cat, photography & food
Introvert ft cute 

SUBSCRIBE & FOLLOW

CHITCHAT

CUTIE FOLLOWERS

POPULAR POSTS

  • POPIA BEGEDIL SEDAP
      Hello guys. Hangpa still okay lagi ke lockdown ni ? Harap hangpa semua okay. Aku takdak la okay sangat tapi alhamdulillah okay ja sebab ma...
  • PIZZA HOMEMADE GUNA GARDENIA WRAP
     Moshi moshi gaes Pada suatu malam yang indah tetiba aku lapar kan nak dinner then taktau jugak nak makan apa. Dia macam nak makan something...
  • BUKAN KEBIASAAN :)
    No one : …….   Me : Best jugak makan nasi lemak sambil layan anime.     Pagi cerah langit terang dihiasi cahaya mentari. Btw ni ki...
  • SHOPEE REVIEW : MOUSE
      Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian. Jadi posting kali ini aku nak review barang shopee. Semua mesti suka kan shopping online? Tip...
  • Coretan
    Dunia seakan milik kita Berduaaa Dan bersama Kau yang selalu ada disini dan disana Namun kini kau kian menjauh Ku rasa kian resah...

Categories

  • ANIME 1
  • PKP3.0 1
  • POEMS 5
  • RECIPES 4
  • Shopee review 1

BLOGLIST

  • Alien Oren
  • NaSa
  • budakpelik.
  • Super Junior.ᴱᴺᵀ
  • Airaa Lee
  • perennial lifestyle
  • ariennot
  • messarah
  • The Untold Stories
  • b-sourire
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2021 (8)
    • ▼  August (2)
      • BUKAN KEBIASAAN :)
      • SHOPEE REVIEW : MOUSE
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  October (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  July (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
  • ►  2013 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  August (2)
Powered by Blogger.

Featured Post

BUKAN KEBIASAAN :)

Labels

  • POEMS 5

Designed by odd | Distributed By Gooyaabi Template