Cebisan jiwa .

Sejak akhir ini mood tak menentu ,fikiran bercelaru jiwa tak tenteram, hati tak tenang, selalu sangat penat . Selalu sangat mengeluh selalu sangat malas . Aku pun tak tau kenapa mengapa dan susah nya nak buang semua rasa tu . Kadang rasa kosong sangat . Kadang rasa serabut sangat . Kadang taktau aku rasa apa tapi aku penat lah nak rasa semua nih . Penat memang penat tapi kena jugak hadap sebab tak boleh nak lari .Banyak jugak aku bermain dengan perasaan . Banyak sangat dan selalu sangat. Perasaan yang bercampur baur , bermaharajalela , berpengaruh dan berperang dalam jiwa minda dan fikiran . Seksanya . Derita nya tak terkata . Sampai satu masa aku tak kuat nak hadap semua ini . Tak kuat .Sumpah tak kuat Ya Allah . Tapi terpaksa gagahkan jugak biar perit mana sebab lama-lama benda tu dah jadi terbiasa dah lesu dah lali .

Mungkin kat luar , boleh gelak ketawa bagai nak rak konom macam tiada duka bahagia sentiasa tapi di dalam siapa sangka siapa tahu siapa nak tanya siapa nampak macam ada² , macam² rasa.  Aku tak tau kenapa aku karang mcm nih .Hahahah layan ja lah ilham dari minda ilham dari jiwa luahan rasa keluh kesah di jiwa .

Paling menyampah bila time nak buat kerja time tu perasaan ajak bermain ajak melayan . Otak sibuk fikir itu dan ini , tak kusyuk nak buat kerja .Otak terlebih overthinking . Overthinking jugaklah yang merosakkan mood yang ada yang tenang yang  cool yang lawa dan seumpamanya lah hingga bertukar menjadi mood yang tak guna yang mood terbang kelaut kelongkang ke parit ke lautan . Kadang² diri sendiri pun tak mampu nak kawal bila benda ni jadi . Kadang² kan bila aku rasa down namati memang lagilah parah . Rasa nak menangis tapi tak keluaq ayaq mata . Seksa beb serious seksa baq hang . 😂 Macam nak cakap hah . Dia macam menangis dalam jiwa takpun tangisan jiwa . Aku paling tak suka macam tu . Taktau la nak describe macam mana susah nak tulis susah nak terjemah . Yang faham cuma hati cuma jiwa cuma diri sendiri dan Allah . So marilah mendekati Tuhan bila hati dah sakit bila jiwa dah seksa . Mungkin Tuhan sengaja menguji hati , jiwa . Dan mungkin juga syaitan mengganggu mengusik hati membisik meracau di minda .

Tuhan nak aku dekat dengan dia . Tuhan nak aku merintih merayu menangis kepadanya .Kadang aku lalai aku leka aku terlupa ya lah aku pun manusia biasa . Kadang ingat Tuhan time susah senang lupa . Ingat time sakit lupa time sihat . Ingat time miskin  lupa time mewah .Haih sedih bila tengok diri sendiri cermin muka . Sedih sebab kadang tak mampu nak kawal diri elok² daripada sering buat dosa . Terlalu manjakan diri . Tak paksa diri lari dari dosa . Nih tak tahu nak lari dari masalah nak lari kenyataan.Rasa bodoh pun ada kadang² . Hahaha entahlah .

Moga diri hati jiwa fikiran dan minda terkawal daripada benda-benda negatif tercemar terleka dengan keasyikan duniawi lupa akhirat juga perlu di kejar di ingati .

sekian luahan rasa , luahan jiwa di malam yang tak berapa nak malam dan dah pagi .kbai

0 comments

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^