Kek Pisang

 Hello guys... 


Ni ja gambar yang ada, tak shoot yang lain sebab sibuk melantak :D


    Taktau la mak tetiba craving kek pisang. Sebenarnyakan aku macam malas sikit kelmarin hahaha so rasa macam tak rajin nak baking apa bagai. Tetapi disebabkan pisang emas tu agak ranum jadi takut dia semakin buruk keadaannya so aku pun rajinkan la diri untuk membuat kek pisang. 

    Biasalah even banyak kali buat pun kan still macam tak confident tau kalau nak baking-baking ni. wajib kena tengok resepi dekat internet. Bukan apa, aku tak sure sukatan tepung apa bagai tu kan jadi keras ka apa. Setiap kali kalau kek pisang ni aku biasa kukus ja kek tu sebab macam dia tak terlalu kering dia jadi macam moist sikit. Kalau hangpa nak kek tak terlalu kering dan macam senang sikit guna la pengukus okay. 

Jadi tanpa melengahkan masa dan mencari kerajinan,  aku pun carilah resepi kek pisang paling mudah di internet and jumpa la satu resepi ringkas.

Bahan diperlukan 

-pisang emas (8-10 biji atau ikut suka anda) 

-telur sebiji (aku guna gred b kot lupa dah)

-esen vanilla (satu sudu teh kecik) 

- gula (1/2 cawan) 

-minyak masak (1 cawan)

-tepung gandum cap ros (1 1/2 cawan) 

- baking powder (1 sudu) 

- soda bikarbonat ( 1 sudu)


*tepung gandung, baking powder dan soda bikarbonat tu hangpa ayak sesiap okay guna penapis atau alatan yang sesuai untuk mengayak. 


Peralatan yang diperlukan : 

Blender  

Loyang 

Pengukus 


Cara penyediaannya: 

1. Kupas kulit pisang dan masukkan dalam blender then kisar bersama telur, gula, esen vanilla dan minyak masak. Blender sampai hancur dan sebati ya agak sendiri la masa tu. Aku rasa aku blender dalam 5 min macam tu. 

2. Lepastu masukkan adunan yang telah dikisar kedalam bekas dan campurkan adunan tepung + soda bikarbonat+baking powder yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati okay agak macam tepung tu tak berketul dah.

3. Masukkan air dalam pengukus dan tunggu sehingga air mendidih.

4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan hiaskan dengan hirisan pisang atas adunan ni optional taknak pun takpa. Saja ja letak nak bagi menarik hahaha

5. Setelah air mendidih, then masukkan dalam pengukus dan kukus sehingga kek masak maybe dalam 30 min macam tu. 

6. Siap


Nak tau masak ka dak lagi aku check kek tu dengan cucuk lidi atas kek tu. Kalau kek dah masak dia tak melekat dekat lidi tu. Kalau melekat tu tak masak lagi la maksudnya. 

Simple ja resepi ni aku rasa. Orang yang tak pernah buat pun boleh buat punya la comfirm. Okay kek tu lembut gila weh gebu gitu. Sedap makan dengan ayaq tea ka milo panas pehh. 

Thats all bai. 




0 comments

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^