Situasi Yang Memalukan Lelaki ^^

>

shy guy : )
.. Hai all ..Hari nie aku nak share pasal lelaki sikit.. Huhu.. Mesti semua wanita kat luar sana nak tahu apa yg menyebabkan lelaki malu .. Bohong sangatlah kan perempuan  ni tak tahu. tapi mybe tak semua perempuan tahu. hoho.. Ok ada some situasi yang memalukan lelaki.. Meh nak habaq kat hempa..
  •  MENANGIS
Sebolehnya lelaki mengelak untuk menangis. Boleh dikatakan hampir semua lelaki tidak akan mempamerkan rasa sedih apatah lagi mengalirkan air mata di hadapan orang terutama wanita yang disayangi. 

  • TERJATUH  
Tersadung dihadapan orang ramai perkara yg mengaibkan bagi lelaki.Oleh itu, setiap langkah akan diatur kemas. Sebolehnya mereka akan memastikan agar tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati. 

  • DIHINA
Sakitnya hati saat wanita yang diminati menolak cintanya. Apatah lagi, gadis idaman menolak hasrat hati dengan mengeluarkan kata-kata hinaan. Jika berhadapan dengan situasi ini, si jejaka boleh bertindak di luar kawalan. Oleh itu, wanita berhati-hatilah. Mereka juga manusia punya harga diri. Tidak mustahil daripada menjadi wanita pujaan, akan timbul rasa demdam.
  • TIDAK CUKUP DUIT
Pasti memalukan selepas menjamu selera bersama gadis yang dipuja dan berada di kaunter bayaran, si lelaki tidak mempunyai wangg yang mencukupi. Bagi lelaki 'gentleman' situasi ini membuatkan wajah mereka pandai mengawalnya dengan bersikap jujur dan bersahaja. Dalam hati malu bukan kepalang 

0 comments

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^