Luah bukan ludah

Luah apa benda hang nak luah . Luah selagi mampu . Luah semua benda hat terbuku tersulit terdetik tergambar terasa semua luah ja luah. Kadang aku nak luah semuaa benda tapi tak mampu nak luah . So aku telan aku pendam hilang . Bukan tak mau luah , tapi aku tak tau luah macam mana . Entah arr susah nak cakap . Macam² benda kalau boleh nak cerita terus taknak sorok satu butir besaq kuman pun kalau boleh nak cerita habis buang . Tapi bila pendam tu telan tu lebih baik , maka pendam dan telan tu aku pilih.

Luah benda soal hati perasaan benda apa yang aku benda apa yang ada dalam jiwa raga benda yang aku sorang ja rasa memang susah nak luah . Serius aku cakap susah dan rumit . Sebab kan kadang-kadang tu nak luah tapi dah terbiasa dah lali dah selalu pendam telan ja so tak luah . Simpan sampai hilang . Simpan sampai reda . Simpan sampai dah takdak rasa . Bukan sebab ego bukan dan bukan . Tapi sebab hati nak hadam hati pendam hati nak telan . *pe jadah aku merapu ha lantak *

Luah bila aku rasa perlu luah aku luah . Kalau tak perlu tak payah simpan sampai jadi pekasam . Hahahaha kalau luah pun aku luah kat tempat yang tak bernyawa , yang takkan faham dan paling penting yang takkan amik kisah . Macam biasalah twitter , penulisan,blog kertas kosong , bantal tilam dan sebagainya . Tapi satu tempat yang aku akan luah dan wajib luahkan segalanya kat Tuhan . Yang tu selalu sebab apa Tuhan faham hamba dia . Serius tenang tak tipu . Tempat last sekali pilihan terakhir aku kat makhluk Tuhan . The last one .Tapi selalunya aku selalu cerita kat orang yang aku rapat tapi bukan tetiap hari ada dengan aku , duaplotpatjam jumpa aku . Biasanya yang susah nak jumpa . Aku pun taktau kenapaa . Entah arr malas nak pikiaq . Tolong pikiaq pun belum tentu dapat jawapan .

Luah ja aku suka dengar org cerita masalah dia . Tapi aku malas nak cerita masalah aku . I love a to be a listener . Benda mudah tadah telinga dan dengar dan tak perlu bukak mulut seban orang lain yg bukak mulut . Hahahaa

Luah la pada Tuhan kalau rasa tak mampu nak luah pada manusia . Tuhan selalu ada untuk hamba dia . Ujian yang dia bagi tu nak ingatkan kita Tuham sayang hang . Dia sayang sangat.So sedih macam manaa pun menangis lah kat Tuhan . Allah tolong kau bila susah Allah uji kau sebab kau lalai kat dia . Fikir balik time happy gembira nak mampus ingat dak kat Dia ? Kadang ya kadang tak kan ? Ha sama la dengan aku . Kalau luah kat laman sosial nih mungkin la boleh hilang sikit tapi tak setenang bila dah luah kat Tuhan. Kalau nak luah kat kawan pastikan dia boleh dipercaya gila-gila tak bukan apa takut bila hang bercerita pasai aib orang , aib hang atau family hang dia cerita kat orang lain . Mana kita tau weh . So pandai² la pilih .
Kawan mungkin dia boleh dengar tapi kadang² dia pun banyak jugak masalah benda lain nak pikiaq. So kalau taknak terbeban luah la pada Tuhan . Dia Maha Mendengar lagi Maha mengasihani .

Okay itu saja . Dan besok exam ekonomi dan aku malasnya nak baca dah tak faham pastu pemalas pulak . Wei sabaq ja lah lagi dua paper . Pastu tunggu lah aku nak post belambak ². Okay cool okay ekonomi kacang ja . Selamat bercuti bagi dah bercuti . Weh jeles yakmat tau dak . Aku dah uninstall twitter buat sementara waktu untuk meredakan kemalasan nak kurangkan addict terhadap twitter tu . Twitter tu dah macam bae aku dah . Kawan aku . Aku pun tak faham pasaipa . Ha lantak . Okay bai nak study wish me luck . Have a nice day people . ❤

0 comments

Hey thanks for reading. Feel free to comment tp yang murni sahaja okay ^^