P A T E H A H
  • Home
  • Owner
  • Features
    • Cooking
    • Review
      • Movie
      • Kdrama
      • Skincare
      • Food
      • Anime
    • ARTWORK
    • BLOG INSPO
  • Tutorial
Maaf ? Pernah buat silap kan ? Takkan tak pernah mintak maaf kan. Tipu kalau tak pernah. Dari hang hidup dari tak boleh jalan sampai boleh jalan mesti tahu apa tu maaf . Dari kecik parents dah ajar , mak ajar
"Haa mintak maaf balik. "
Time sekolah tadika bila gaduh dengan kawam mesti mintak maaf.
"Mintak maaf noh , salam balik . Kawan balik " .. Oh rindunya zaman tadika .

Maaf ada dua pihak . Pihak  mintak maaf dengan pihak yang beri maaf tu . Takkan tu pun tak tahu ? Takkan mintak maaf kat sorang² . Dalam sehari mintak berapa kali ? Dari pagi sampai petang pastu malam berapa kali ? Sedar atau tak even hang tak mintak maaf kat orang tapi dalam sehari tu lima kali hang akan mintak maaf . Pada sapa ? Pada pencipta kita , Tuhan Pada Allah swt... Sedar dak ? Lima kali sehari tunaikan solat lima waktu habis solat , kita doaa mintak maaf atas segala tingkah laku segala dosa segala silap dan sebagainya . Kalau yg rajin buat solat sunat setiap kali berdoa memang wajiblah mintak maaf kat Tuhan . Melainkan tak solat bagi cukup. Even nak berdoa tanpaa solat pun mesti minta ampun dulu .

Kalau buat salah kepada Tuhan , kita mintak maaf kat Tuhan. Kalau kita buat salah kepada manusia , kita mintak maaf kat manusia . Kan tahukan tu ?
Tapi bila buat salah kat Tuhan kita tahu nak mintak maaf kat Tuhan . Tapi bila buat salah kat manusia kenapa kita tak tau nak mintak maaf kat manusia ??
Kita kat Tuhan pun kita berani buat dosa buat salah buat silap ingkar arahan Allah ... Kat manusiaa apatah lagi kan.. Takyah cakaplah .. Aku pun buat jugak .

Sebab takmau mintak maaf? Sebab diaa manusiaa sama macam kita ? Dia pun buat dosa ? Dah tu kita pun buat dosa . Kadang manusia buat silap tanpa sedar . Kita mana tau kann.. Yang kita tau "no one perfect " tahu tak perfecf tahu buat dosa tapi taktahu mintak maaf . Sebab tak mintak maaf ? Sebab kita tak nampak silap kita . Kita kata kita betul semua benda , kita tak pernah salah orang lain salah , cakap kata nobody perfect, dah memang sah² lah buat salah . Ego pun punca gak sebab tak reti nak mintak maaf . Nak orang lain mintak maaf tapi kita taknak mintak maaf kat orang .

Kemaafan yang ikhlas bila hang lupakan kesalahan yang orang tu dah buat terhadap hang , dan hang maafkan orang tu . Susah memang susah beb . Tapi cubalah sebab hang akan tenang . Sebab hati yang ikhlas akan berasa ketenangan tu . In sha Allah .

Maka itu , aku nak mintak maaf kepada semuaa manusia yang kenal mahupun tak kenal . Maafkan lah . Aku manusia buay silap buat salah . Tak kira lah besaq ka kecik . Sebab salah tu tak kira saiz tak kira area .

Okay sorry for everything . Maafkan aku , mungkin aku tak sengaja . :( Maaflah kalau akhir² ini aku selalu menyakitkan hati orang .
Maaflah kalau aku ego . Maaflah kalau aku lupa aku leka aku lalai . Maaflah kalau aku tak hargai .Maaflah kalau aku tak mampu nak jadi kawan yang baik . Maaf kalau aku terlancang teremosi terlepas cakap . Maaflah aku tak sempurna . Maafkanlah atas segalanya-galanya . Maafkan aku . :,)

Hello people ... Ehem ehem layan ja lah aku merepek sebab aku tak pandai buat kerepek . Hahaha



Life too many surprise and tough too ☺

Lifee ? Hang faham kan life tu apa . Life tu hidup , kehidupan seharian hang. Well semua orang faham pasal life . Hang tak payah belajaq tinggi² pun hang tau apa itu hidup. Sebab selagi hang hidup hang faham . Lepas keluar dari perut mak hang pun hang dah mula dah kenal life hang .

Life hang kadang seronok kadang sedih kadang gembira kadang duka . Life tu luass nak describe tu macam² sebab setiap manusia kat atas muka bumi nih ada life ada kehidupan yang berbeza tak sama dan kalau ada sama pun mungkin ada la sama sikit . Kalau nak sama tu memang tak aku rasa. Sebesaq mana pun hang , setua mana pun hang , sematang mana pun hang , hang akan rasa life hang . Sebab semua orang ada life . Kalau takdak pergi carilah life hang mungkin tercicir , mungkin life hang masih kelam tak nampak . Carilah kat mana² kat kedai kaa kat kfc ka . Hahahaa okay kalau tak paham abaikan ayat aku cari kt kfc tu . Kalau faham okay diam lah baca ja aku nak merepek nih . hahahahaa

Lifee , hidup kehidupan ada pasang surut jatuh bangun dan segalanya. Kadang² kan rasa lifeless , rasa macam tak guna pun ada life tapi tak reti nak manfaatkan elok-elok . Pernah rasa ? Aku pernah . Kalau tak pernah hang mungkin akan rasa one fine day . Hang tunggu ja lah . Hahahaha . Lifeless sebab aku rasa aku repeat benda sama setiap hari , takdak arah tuju takdak cita-cita perancangan masa depan and so on lah . Itu aku punya rasa lah . Kalau sama i can feel u bruh . :') Bagi aku kan rasa lifeless nih teruk gak weh . Rasa macam kehidupan nih macam nothing . Selalunya orang cakap  takdak life la kalau tak bla blaa blaa . Apa benda tah kat depaaa .

Bila dah besaq , dah habis sekolah baru sedar life nih mencabar wei . Kena kuat setabah tabah gila babun lahh . Life kt sekolah tak sama macam life lepas sekolah .sabar ja lah wei . Banyak benda nak kena hadap . Life perlukan duit . Kena belajaq macam² nak teruskan hidup . Mungkin hang tak rasa sekarang tapi nanti hang akan rasa . Moga tabahlah manusia sekaliaan .

Dalam life nih kalau hang tak hilang orang² yang hang sayang hang takkan rasa pahitnya hidup . Sedarlah life tu sementara bila life dah tamat tempoh dah tarikh luput haa maka kembali lah anda kepada Pencipta . Dari Dia kita datang dari Dia kita kembali . Anytime anywhere anybody ready ka tak ready hang memang hadap kenyataan tu sebab tak boleh nak elak .Maka hargailah orang² yang ada yang hidup yang sayang hang sebab life depa pun tak lama macam hang jugak . Mungkin esok mungkin lusa mungkin tulat tungging buyung akan tiba masa untuk tamatkan life kt dunia nih . Dah ready ?? Dan ingatlah kepada orang yang dah tiaada kt duniaa nih , sedekahkan la doaa kalau rindu sebab tu ja kita sebagai manusia mampu buat dan berharap bila kita dah takdak nanti orang lain akan berdoa kat kita . In shaa Allah ☺

Jadi life yang ada sekarang maanfaatkan lah baik-baik . You only live once  YOLO beb. Moga terus tabah menghadapi life yang penuh dugaan dan onar duri . Terima kasih kepada yang masih stay dan juga pergi dan datang kembali. :*

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Busynya hidup tak sempat nak post weh . Tak aku nak post tu boleh ja masalah nak karang tu kena curi masa amik mood amik feel baru boleh . Maaflah banyak merepek . Aku baru tukaq blogskin . Hahaaha macam sakai nak edit pun dah tak reti weh sebab dah lama tinggai . Apapun chill laaa. okay bai .😂

Newer Posts Older Posts Home

OHAIYO!

20+
Love cat, photography & food
Introvert ft cute 

SUBSCRIBE & FOLLOW

CHITCHAT

CUTIE FOLLOWERS

POPULAR POSTS

  • SPAGHETTI BOLOGNESE HOMEMADE (TANPA SOS PREGO)
    Hello gais so hari ni aku macam ada banyak tau nak update kt blog ni tapi itulah kadang line internet slow la apa la dan mood kerajinan tu k...
  • BUKAN KEBIASAAN :)
    No one : …….   Me : Best jugak makan nasi lemak sambil layan anime.     Pagi cerah langit terang dihiasi cahaya mentari. Btw ni ki...
  • SHOPEE REVIEW : MOUSE
      Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian. Jadi posting kali ini aku nak review barang shopee. Semua mesti suka kan shopping online? Tip...
  • PIZZA HOMEMADE GUNA GARDENIA WRAP
     Moshi moshi gaes Pada suatu malam yang indah tetiba aku lapar kan nak dinner then taktau jugak nak makan apa. Dia macam nak makan something...
  • FRUITS BASKET SEASON 1
    Assalamulaikum Hello guys, are you doing good?      Today aku nak review anime favourite aku iaitu Fruit Basket Season 1. Aku tengok anime n...

Categories

  • ANIME 1
  • PKP3.0 1
  • POEMS 5
  • RECIPES 4
  • Shopee review 1

BLOGLIST

  • Alien Oren
  • NaSa
  • budakpelik.
  • Super Junior.ᴱᴺᵀ
  • Airaa Lee
  • perennial lifestyle
  • ariennot
  • messarah
  • The Untold Stories
  • b-sourire
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2021 (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
  • ▼  2016 (8)
    • ►  October (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (2)
      • M A A F
      • L I F E
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  July (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
  • ►  2013 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  August (2)
Powered by Blogger.

Featured Post

BUKAN KEBIASAAN :)

Labels

  • POEMS 5

Designed by odd | Distributed By Gooyaabi Template